Ahad, 17 Oktober 2010

PEMERENGGANAN DAN PENSTRUKTURAN IDEA

MENCARI DINAMIK POLITIK KAMPUS


PEMERENGGANAN
Ayat Tesis
- tujuan sebuah perenggan dinyatakan oleh ayat topik.
- Fenomena "the angry young man" atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

Ayat Topik
- isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perenggan serta memandu satu unit buah fikiran dalam satu perenggan bagi menyokong tesis karangan.
- Selain itu, pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertumbuhan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.

Kedudukan Ayat Topik
a) Perenggan Deduktif
    - perenggan bermula dengan penyataan umum kepada penyataan khusus / piramid terbalik.
    - Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-    undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.

b) Perenggan Induktif
    - perenggan bermula dengan penyataan khusus kepada penyataan umum / piramid tegak.
    - Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, pelaksanaa e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah.

c) Perenggan Deduktif Kompleks
    - perenggan ini mengemukakan ayat topik pada awal perenggan dan akhir perenggan, manakala di tengah-tengah dikemukakan idea-idea pujangga.
    - Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia boleh mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam 'gedung ilmu'. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

Perenggan Pengenalan
- pendahuluan, pembukaan atau mukadimah.
- Fenomena "the angry young man" atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.
- perenggan pendahuluan yang digunakan adalah berbentuk analogi.

Perenggan Penutup
- merumuskan keseluruhan gagasan utama karangan.
- Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.

Perenggan Transisi
- mewujudkan kesinambungan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
- Tidak dapat dikenalpasti contoh dari artikel.

Perenggan Dialog
- mengalihkan rentak bacaan dan menunjukkan komunikasi langsung antara watak dengan watak dalam karangan atau antara penulis dengan pembaca.
- Contoh luahan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai larangan melabelkan calon pemilihan MPP, "Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ciri-ciri Perenggan Yang Baik
a) Kesatuan
    - perenggan yang mempunyai satu idea pokok sahaja.
    - Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

b) Kepautan
    - ayat yang terbina dalam perenggan bergerak lancar dan dapat dibaca dengan mudah.
    - Apa yang menarik, semua calon yang bertanding terdiri daripada pelajar awam saja. Bagaimanapun, pegawai kadet tidal melepaskan berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 Februari lalu.

c) Kejelasan
    - satu penulisan yang terang, nyata, dapat difahami dengan mudah.
    - Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA
a) Teknik Klasifikasi
    - menggelompokkan sesuatu perkara yang dianggap mempunyai persamaan tertentu.
    - Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi taha[ polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam kalangan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka. 

b) Teknik Analisis
    - membentuk ciri-ciri, fungsi, tindak balas, proses ataupun komponen sesuatu perkara yang diperhatikan secara terasing atau terpisah tetapi mempunyai hubungan dalam membentuk satuan yang besar.
    - Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.

c) Teknik Penerangan
    - pindah pengamatan dan pemerhatian kepada pembaca sama ada imej / sensasi / mood dan sebagainya.
    - Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikut atau terikat dengan gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan. Gaya yang bersahaja juga santai tetapi membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.

Mohamad Fazmee bin Kamal
195717

Rabu, 6 Oktober 2010

Siapa Kita Dalam Masa 5 Tahun Akan Datang?

coretan ini tiada kaitan dengan tugasan sblm1023 cuma hanya luahan pendapat sahaja...

masa sekolah2 dulu cikgu2 dan rakan2 sentiasa akan mempersoalkan cita2 kita bila dewasa nanti. ada yang nak jadi doktor, arkitek, usahawan, penyanyi, pelakon, angkasawan, peguam, pensyarah dan sebagainya.

kita dapat lihat perubahan arus pendidkan yang berlaku pada zaman sekarang apabila dibandingkan dengan suasana pendidikan pada 5 tahun yang lepas. pelajar sekolah semakin didedahkan dengan tempat2 untuk menyambung pelajaran di ipta atau ipts. dengan penubuhan itp2 yang baru dan pengenalan kepada kursus2 yg baru juga semakin menarik minat ramai pelajar untuk menuntut ilmu yang mereka minati.

sesetengah pelajar mendapat apa yang mereka hajati. manakala sesetengah pula tidak menduga akan mendapat yang lain. "lain diminta, lain pula yang diterima". begitulah keadaan sesetengah pelajar apabila mula memasuki ke alam baru yakni alam universiti. di sinilah tempat untuk kita berusaha sehabis2nya sebelum memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar.

walaupun kita penah belajar benda yang lain semasa di tingkatan 6, stam, matrikulasi, atau politeknik, apabila mendapat tawaran memasuki universiti, kita terpaksa menerima tawaran yang lain daripada yang pernah kita belajar dulu. contoh, di skola kita mengambil jurusan sains tulen. sampai sahaja di universiti kita mendapat tawaran dalam jurusan perniagaan. mula2 kita akan merasa moral kita rendah kerana rakan2 yg lain semua masih meneruskan pelajaran dgn jurusan yg sama. kebiasaannya orang yg lemah akan terus berhenti belajar dan dan sanggup untuk turun ke [erongkat bawahan semula. inipun sekiranya niat untuk belajar masih tebal dlm hati. sekiranya give up orang tu akan mencari pekerjaan terus.

frasa yang menjadi kegunaan ramai, "hargailah apa yang kita terima seadanya...". kita perlu tahu bahawa kita hanya mampu merancang dan Dia yg menentukan. setiap yg berlaku ada hikmahnya. mungkin kita tak bagus dalam satu2 perkara, tetapi kita akan lebih bagus dlm perkara yg lain.

tak semestinya kalau kita belajar sains kita akan menjadi seorang pakar doktor bedah suatu hari nanti. tidak semestinya kalau kita belajar akaun kita akan menjadi seorang akauntan pada satu hari nanti. ada kemungkinan wlaupun dah 4-5 tahun belajar sains, tiba2 masuk alam pekerjaan jadi seorang usahawan yang berjaya. ada juga kemungkinan di sekolah belajar sains, universiti belajar akaun, dan akhirnya bekerja sebagai seorang pensyarah dlm jurusan graphic design.


tak kira apa yang kita dapat, hargailah seada2nya. fikir secara positif dan banyakkan tawakkal..

Sabtu, 25 September 2010

ULASAN FILEM





PLOT

PAPADOM merupakan sebuah filem terbitan Tayangan Unggul di mana penggambarannya dijalankan di sekitar Pulau Pinang dan UiTM Shah Alam. Pengarah filem ini adalah seorang pelakon terkenal tanah air, Afdlin Shauki, yang juga turut melakonkan watak sebagai Saadom.Selain dibintangi juga oleh beberapa pelakon popular seperti Noorkhiriah, Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Chelsia Ng, Que Haidar, Harun Salim Bachik, Pete Teo dan Adham Malek.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pengusaha kedai makan yang bernama Saadom, yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mencapai impian hidupnya, tetapi gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira (lakonan Noorkhairiah) dan ayah kepada Miasara (lakonan Liyana Jasmay).

Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberi alasan sibuk. Semasa terlantar di hospital, Munirah sempat berpesan kepada suaminya supaya akan sentiasa menjaga anaknya sepertimana dia menjaga kerjayanya.

Sejak itu, Saadom mula berubah. Ke mana sahaja anaknya berada, dia akan sentiasa berada di sisi anaknya itu. Sehinggalah pada satu masa apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Miasara tidak mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur kerana sudah mencapai usia untuk berdikari sendiri dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh akan arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun disebalik itu, dia mempunyai rancangan sendiri untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

TEKNIK
Teknik penceritaan filem ini sangat menarik apabila babak-babak yang diambil mengikut tempoh peristiwa dari mula sampai ke akhir, dan mesej yang disampaikan adalah jelas melalui susunan babak tersebut. Pengarah juga bertindak kreatif apabila watak Munirah yang sudah mati, diwujudkan sebagai roh untuk membantu Saadom mengawasi anaknya pada sesetengah babak dan untuk menarik perhatian, pakaian yang dipakai oleh Munirah adalah bertepatan dengan keadaan dan situasi pada babak tersebut!
Teknik2 lain juga seperti pencahayaan, pergerakan kamera yang lancar dan sebagainya juga harus mendapat perhatian.

TAHAP PERSEMBAHAN
Mutu lakonan yang disampaikan oleh semua pelakon sangat memuaskan. Kewujudan watak-watak antagonis (lakonan Scha Al-Yahya) dan protagonis (Liyana Jasmay) menghidupkan lagi perjalanan filem ini. Babak-babak sedih yang turut melihatkan bergelinangnya air mata (seperti lakonan Afdlin Shauki) turut menyentuh jiwa mereka yang menonton filem ini. Tidak lupa juga unsur jenaka yang dimainkan oleh watak Que Haidar memang mengusik penonton dengan gelak tawa yang berterusan.


PENGHAKIMAN
Filem ini wajar ditonton kerana mesej yang disampaikan adalah sangat berguna dimana mita harus menghargai segala pengorbanan ibu bapa kita selama membesarkan dan mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Selain filem ini juga turut memenangi beberapa anugerah tempatan yang pernah dipertandingkan.

Khamis, 23 September 2010

ADRENALIN (penulisan kreatif)

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua
Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa
Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa Sangka siapa tahu
Naik turun aku
Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula
Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju...