Sabtu, 25 September 2010

ULASAN FILEM





PLOT

PAPADOM merupakan sebuah filem terbitan Tayangan Unggul di mana penggambarannya dijalankan di sekitar Pulau Pinang dan UiTM Shah Alam. Pengarah filem ini adalah seorang pelakon terkenal tanah air, Afdlin Shauki, yang juga turut melakonkan watak sebagai Saadom.Selain dibintangi juga oleh beberapa pelakon popular seperti Noorkhiriah, Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Chelsia Ng, Que Haidar, Harun Salim Bachik, Pete Teo dan Adham Malek.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pengusaha kedai makan yang bernama Saadom, yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mencapai impian hidupnya, tetapi gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira (lakonan Noorkhairiah) dan ayah kepada Miasara (lakonan Liyana Jasmay).

Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberi alasan sibuk. Semasa terlantar di hospital, Munirah sempat berpesan kepada suaminya supaya akan sentiasa menjaga anaknya sepertimana dia menjaga kerjayanya.

Sejak itu, Saadom mula berubah. Ke mana sahaja anaknya berada, dia akan sentiasa berada di sisi anaknya itu. Sehinggalah pada satu masa apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Miasara tidak mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur kerana sudah mencapai usia untuk berdikari sendiri dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh akan arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun disebalik itu, dia mempunyai rancangan sendiri untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

TEKNIK
Teknik penceritaan filem ini sangat menarik apabila babak-babak yang diambil mengikut tempoh peristiwa dari mula sampai ke akhir, dan mesej yang disampaikan adalah jelas melalui susunan babak tersebut. Pengarah juga bertindak kreatif apabila watak Munirah yang sudah mati, diwujudkan sebagai roh untuk membantu Saadom mengawasi anaknya pada sesetengah babak dan untuk menarik perhatian, pakaian yang dipakai oleh Munirah adalah bertepatan dengan keadaan dan situasi pada babak tersebut!
Teknik2 lain juga seperti pencahayaan, pergerakan kamera yang lancar dan sebagainya juga harus mendapat perhatian.

TAHAP PERSEMBAHAN
Mutu lakonan yang disampaikan oleh semua pelakon sangat memuaskan. Kewujudan watak-watak antagonis (lakonan Scha Al-Yahya) dan protagonis (Liyana Jasmay) menghidupkan lagi perjalanan filem ini. Babak-babak sedih yang turut melihatkan bergelinangnya air mata (seperti lakonan Afdlin Shauki) turut menyentuh jiwa mereka yang menonton filem ini. Tidak lupa juga unsur jenaka yang dimainkan oleh watak Que Haidar memang mengusik penonton dengan gelak tawa yang berterusan.


PENGHAKIMAN
Filem ini wajar ditonton kerana mesej yang disampaikan adalah sangat berguna dimana mita harus menghargai segala pengorbanan ibu bapa kita selama membesarkan dan mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Selain filem ini juga turut memenangi beberapa anugerah tempatan yang pernah dipertandingkan.

4 ulasan:

  1. salam...

    antara filem melayu yang saya gemari dan begitu juga dengan papadom..sedap jika dimakan~

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan..
    ulasan yang amat bagus bagi saya..tapi saya tidak boleh memberi komen dalam cerita ini disebabkan saya tidak pernah menontonnya. Maaf..hehe..

    BalasPadam
  3. papadaom merupakan sebuah filem yang mempunyai unsur-unsur antara hubungan seorang ayah dan juga anak perempuannya, sangat sedih cerita ini, menitis juga air mata saya :)

    BalasPadam
  4. time kasih khairi n husna...walaupun byk kali tgk filem ni, memang tak penah jemu...
    siti, xpe...nanti ade mase tengok la..gerenti tak nyesal tengok...;p

    BalasPadam